
As Safa Travel & Tours tawar pakej ekonomi bantu jemaah tunai umrah
SUNGAI BULOH – Peneraju perkhidmatan perjalanan umrah, As Safa Travel & Tours, berusaha memudahkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadah umrah dengan menawarkan pakej ekonomi yang mesra poket, sekali gus memastikan semua lapisan masyarakat berpeluang melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam itu.
Pengasas As Safa Travel & Tours, Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar, berkata, dengan slogan “Pergi Selamat, Pulang Selamat” pihaknya komited memastikan pengalaman perjalanan pelanggan penuh dengan keselesaan, keselamatan dan ketenangan.
“Antara sebab ramai orang yang tidak dapat ke ke Tanah Suci adalah kerana harga yang mahal, jadi kami menawarkan harga berpatutan. Makan tidak termasuk dalam pakej, namun ia tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak kedai makan di depan hotel dan sekitar masjid.
“Oleh sebab itu, As Safa ingin memudahkan umat Islam di Malaysia menunaikan umrah dengan menawarkan pakej ekonomi bermula dari RM5,990, yang berbeza mengikut bilangan hari, jarak hotel, dan penerbangan. Pakej ini membolehkan satu keluarga menunaikan umrah dengan harga yang berpatutan.
“Kami mahu jemaah manfaatkan masa beribadah dan sempurnakan solat lima waktu di masjid tanpa perlu bersusah payah untuk mencari makanan,” katanya dalam majlis pengumuman pelancaran kempen terbaharu As Safa Travel & Tours baru-baru ini.
Jelas Ustaz Md Roslan, kempen tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang keunikan jenama As Safa Travel yang mengutamakan keperluan jemaah dari awal sehingga akhir perjalanan.
“Melalui pengalaman luas Ustaz Roslan dan rekod cemerlang syarikat, As Safa berazam untuk menjadi pelopor dalam memberikan pengalaman umrah dan haji yang tiada tandingan,” katanya dalam satu kenyataan.
Berkongsi pengalamannya menguruskan perjalanan haji dan umrah lebih 30 tahun, Ustaz Md Roslan berkata, beliau telah ke Tanah Suci lebih 30 kali, sama ada ketika berkhidmat dengan Tabung Haji Travel serta syarikat-syarikat lain.
Sementara itu, As Safa Travel & Tours turut menawarkan Pakej Premium bermula dari RM9,890, termasuk tawaran Haramian Train dan Badal Haji bermula dari RM5,500, dengan Badal Haji terhad kepada 50 orang mengikut kapasiti petugas di Tanah Suci Mekah.
“Jemaah dapat menikmati kemudahan dan keselesaan dengan hotel yang berdekatan dengan masjid dengan harga di bawah RM10,000. Dengan pakej ini juga, ia termasuk dengan perkhidmatan tren secara percuma.
“Selain Badal Haji, kami juga menawarkan perkhidmatan Badal Umrah buat mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah buat keluarga yang telah meninggal dunia,” ujarnya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |