Berita SemasaPM X

Usaha tanam bibit perpecahan antara kaum mesti dielakkan – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perbedaan kaum dan budaya adalah resipi kemakmuran sesebuah negara dan mesti dipertahankan.

Sehubungan itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebarang usaha untuk menanam bibit perpecahan antara kaum mesti dielakkan bagi membina identiti negara bangsa yang berjaya dan berketerampilan.

“Sering saya tekankan betapa perbedaan kaum dan budaya adalah resipi kemakmuran kepada mana-mana negara yang mendambakan kerukunan dan keamanan atas dasar dan prinsip hidup berdamping.

“Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum mesti dielakkan terutamanya dalam usaha membina identiti negara bangsa yang berjaya dan berketerampilan,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, sempena sambutan Krismas, esok.

Beliau menegaskan, Malaysia tidak seharusnya gagal dan dilumpuhkan hanya kerana kepentingan beberapa kelompok, malah nilai dan prinsip keadilan sejagat mesti diperkukuh.

Perdana Menteri kemudian turut mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada mereka yang menyambut perayaan itu.

“Acara dan perayaan Krismas tanggal 25 Disember saban tahun kembali menjelang dan menceriakan ramai penganut Kristian di serata dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.

“Selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh penganut Kristian, dengan titipan agar luangkan masa yang secukupnya bersama yang tersayang di hari besar ini dan hidupkan kecintaan antara insan,” katanya.

Beliau turut berkata, sebagai negara yang beragam dengan rencam ras serta budaya, perayaan besar seperti ini menjadi sumber kekuatan dan perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button