Berita SemasaSukan

Status KAFA sebagai Ahli Gabungan digantung – FAM

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan status Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebagai Ahli Gabungan digantung serta-merta berkuat kuasa, semalam.

Menuut FAM dalam satu kenyataan hari ini, keputusan itu dicapai secara majoriti anggota Jawatankuasa Eksekutif FAM menerusi keputusan secara bertulis yang bersetuju dengan cadangan tindakan yang sudah dibentangkan untuk menggantung keahlian KAFA.

Kata FAM lagi, keputusan untuk menggantung KAFA ini dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli.

“Keputusan penggantungan ini dibuat berdasarkan surat FAM bertarikh 21 Disember 2024 kepada KAFA iaitu berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM berkenaan aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan KAFA Kali Ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028.

“Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM ini adalah satu jawatankuasa adhoc yang ditubuhkan FAM atas arahan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

“Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM pada mesyuarat yang diadakan pada Khamis, 19 Disember 2024 memutuskan bahawa Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA Bagi Sesi 2024-2028 adalah tidak sah dan sudah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

“Ia disebabkan terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres berkenaan, selain prosedur dan tatacara pengendalian Kongres KAFA tersebut tidak dibuat dengan teratur dan mengikut prosedur-prosedur yang betul,” kata kenyataan tersebut, hari ini..

Susulan penggantungan ini, FAM turut mengarahkan supaya KAFA mengadakan semula kongres dan pemilihan tersebut secepat mungkin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button