
Rejim zionis mengaku bunuh Ismail Haniyeh
BAITULMAQDIS – Rejim zionis Israel buat pertama kalinya mengakui terlibat dalam pembunuhan bekas Ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran, Julai lepas.
Lapor AFP, pengakuan itu dibuat Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz ketika berucap dalam dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan, semalam.
Dalam majlis sama, Katz turut memberi amaran kepada golongan Houthi di Yaman bahawa rejim zionis akan ‘memancung’ kepala kepemimpinan mereka.
“Kami akan menyerang Houthi pada skala besar… dan memenggal pemimpin mereka, sama seperti dilakukan ke atas Haniyeh, (Yahya) Sinwar, dan (Hassan) Nasrallah di Tehran, Gaza, Palestin serta Lubnan.
“Kami akan melakukannya di Hodeida dan Sanaa,” katanya ketika berucap.
Sementara itu, Katz dalam satu kenyataan berasingan, turut memberi amaran akan mengerat tangan pihak yang menentang Israel serta tenteranya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Hingga kini, Israel tidak pernah membuat sebarang kenyataan membunuh Haniyeh, namun Iran dan pergerakan Hamas sudah lama menyalahkan rejim berkenaan atas kematian pemimpin politik kumpulan pejuang itu.
Haniyeh, yang dilihat mengetuai usaha rundingan gencatan senjata di Gaza, dibunuh di rumah tamu dekat Tehran pada 31 Julai lalu, dikatakan dengan menggunakan alat peledak yang diletakkan ejen Israel, beberapa minggu sebelum kejadian.
Pada 27 September lalu, Israel membunuh Nasrallah dalam serangan bom di Beirut, Lubnan, diikuti pembunuhan pengganti Haniyeh, Sinwar, di Gaza, pada 16 Oktober.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |