Jenayah & Mahkamah

Insiden gaduh di stesen LRT, polis tahan dua lelaki

KUALA LUMPUR – Pihak polis sudah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan insiden pergaduhan melibatkan kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dua suspek berkenaan ditangkap dalam dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Ampang, Selangor, hari ini.

“Kedua-dua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan berumur 22 dan 24 tahun.

“Kedua-dua suspek direman dua hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, insiden pergaduhan di antara dua kumpulan berkenaan tercetus di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, Jumaat lalu.

Kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah malam itu bagaimanapun berjaya dileraikan anggota polis bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang bertugas.

Insiden itu mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen serta bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button