
Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan dividen sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit, dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Menurut PNB dalam satu kenyataan hari ini, dividen sebanyak 5.75 sen seunit ini adalah jauh lebih tinggi berbanding 5.25 sen seunit yang telah dibayar pada 2023.
Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 adalah sebanyak RM10.1 bilion dan akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, pihaknya berbesar hati kerana ASB mampu memberikan agihan dividennya yang paling kukuh sepanjang tempoh lima tahun.
“Ini meneruskan rekod prestasi kukuh Dana Harga Tetap ASNB berbanding portfolio rujukan mereka, sejajar dengan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |