Politik

DAPSY pertikai ‘Derma Jihad’ bela Siti Mastura 

KUALA LUMPUR – Tindakan PAS mengumpul dana melalui “Derma Jihad” untuk membantu Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, melunaskan tuntutan mahkamah mendapat kritikan daripada Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Syaheera Ghafar.

Syaheera berkata, tindakan tersebut mencetuskan persoalan sama ada PAS sebagai parti politik telah menormalisasikan amalan fitnah dalam kalangan pemimpin mereka.

“Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Mastura membayar RM825,000 kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok selepas terbukti memfitnah.

“Kini, surat dari Pejabat Agung PAS yang mengarahkan pengumpulan ‘Derma Jihad’ tersebar luas.

“Adakah ini bermakna fitnah dalam politik menjadi perkara biasa dalam PAS kerana beban kewangan akan dipikul bersama ahli parti?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika hal itu diteruskan, pemimpin parti mungkin tidak akan menganggap kesalahan fitnah sebagai sesuatu yang serius kerana sentiasa mendapat sokongan kewangan daripada ahli.

“Tindakan itu menunjukkan PAS gagal mempraktikkan ajaran Islam yang jelas menolak politik fitnah.

“Pengajaran tegas perlu diberikan kepada mana-mana pemimpin yang melakukan kesalahan tersebut,” katanya lagi.

Surat arahan yang tersebar itu dikatakan meminta semua peringkat parti, termasuk cawangan, mengumpul dana bagi membantu Siti Mastura melunaskan tuntutan mahkamahnya.

Syaheera juga menyeru PAS supaya menunjukkan komitmen terhadap integriti politik dan tidak menormalisasikan budaya fitnah dalam pentadbiran mereka.

Setakat ini, PAS belum mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan perkara berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button