
Selebriti Running Man muncul dalam konsert di Malaysia tahun hadapan
KUALA LUMPUR – Barisan artis yang membintangi rancangan hiburan popular Korea Selatan, Running Man akan muncul menemui peminat di Malaysia, tahun hadapan.
Bintang Running Man, Yu Jae-seok, Jee Seok-jin, Kim Jong-kook, Ha Dong-hoon atau HAHA, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan akan menghiburkan peminatnya di Malaysia menerusi Konsert Running Man Run 2 U In Kuala Lumpur di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 15 Februari.
Acara jelajah Running Man Run 2 U bermula tahun ini sudah berjaya dianjurkan di Filipina dan Indonesia dengan penjualan tiket yang sangat memberangsangkan.
Running Man sudah bersiaran tanpa henti sejak pelancarannya pada 2010 dan kini sudah memasuki tahun ke-14 penyiaran dan terus kekal popular di seluruh dunia terutama rantau Asia.
Bermula 2013, bintang Running Man sering berkunjung ke luar negara untuk bertemu dengan peminat dan selepas tujuh tahun, mereka kembali ke Malaysia.
Konsert anjuran Sunstrong Entertainment itu meraikan kejayaan berterusan dan menjadi rancangan hiburan televisyen yang paling unggul di Korea Selatan dengan pencapaian 732 episod.
Running Man merupakan salah satu rancangan variasi paling ikonik di Korea Selatan yang disiarkan selama lebih 14 tahun.
Selain aksi artis tetap, rancangan tersebut turut disertai barisan artis popular Korea Selatan yang muncul secara mingguan.
Running Man pernah memenangi pelbagai anugerah sejak penyiarannya. Ini termasuk Anugerah Program Paling Popular, Anugerah Hiburan SBS Ke-4 pada 2010, Anugerah Program Paling Cemerlang, Anugerah Hiburan SBS (2011) dan banyak lagi.
Program ini turut memenangi Anugerah Insider 2016 untuk program televisyen paling popular di dunia dan menduduki tempat pertama dalam senarai rancangan hiburan televisyen Korea paling popular di iQiyi Taiwan pada 2018.
Running Man pernah memenangi Anugerah Kesetiaan Pelanggan Jenama Korea selama tiga tahun berturut-turut antara 2022 hingga 2024 serta memenangi Anugerah Jenama Tahunan pada 2023 dan 2024.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |