Luar NegaraAutomatif & Teknologi

Honda, Nissan Motor sasar muktamad rundingan penggabungan Jun depan

TOKYO – Honda Motor Co dan Nissan Motor Co menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan penggabungan mereka pada Jun depan.

Menurut agensi berita Kyoto, kedua-dua pembuat kereta utama Jepun itu dijangka mengumumkan permulaan perbincangan mengenai penggabungan berkenaan, hari ini.

Honda dan Nissan, pengeluar kereta kedua dan ketiga terbesar Jepun dari segi jumlah pengeluaran, masing-masing dijangka beroperasi di bawah sebuah syarikat induk, dengan Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, turut mempertimbangkan untuk menyertai mereka.

Penggabungan itu akan membentuk kumpulan pengeluar kereta ketiga terbesar dunia dari segi jumlah pengeluaran.

Langkah itu bertujuan meningkatkan daya saing kos dan meneroka pasaran kenderaan elektrik (EV) yang kini dikuasai oleh pesaing dari Amerika Syarikat (AS) dan China.

Honda dan Nissan akan berusaha untuk berkongsi kos pembangunan yang tinggi dan mengurangkan perbelanjaan pengeluaran dengan menggunakan komponen yang sama.

Sebelum ini, Honda dan Honda dan Nissan sudah menyatakan persetujuan pada Mac lalu untuk melancarkan kajian kebolehlaksanaan mengenai perkongsian pengeluaran EV strategik, termasuk pembangunan teknologi perisian berkaitan, bagi mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button