Berita SemasaHiburan

Azhar Sulaiman kongsi keadaan isteri, dirawat di pusat perubatan

KUALA LUMPUR – Pelakon versatil, Azhar Sulaiman memaklumkan keadaan isterinya, Chempaka Amalin Pahamin kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan sejak beberapa hari lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Azhar menyatakan bahawa Chempaka berada dalam keadaan stabil dan sedang dalam proses pemulihan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan punca sebenar isterinya terpaksa dimasukkan ke wad.

“Maling (Chempaka) dah beberapa hari masuk wad. Sakit apa? Tak boleh cerita. Sekarang Maling tengah recovering and stabilizing. Dia pun dah boleh cakap dengan itik putih ni. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Melalui status itu, Azhar mendedahkan isterinya sudah boleh bercakap dengannya dan semakin sembuh.

Perkongsian itu turut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat agar Chempaka diberi kesembuhan segera.

“Syafakallah. Moga Allah permudahkan segala urusan dengan dikembalikan kesihatan yang baik lagi diberkati hendaknya. Insya Allah,” tulis amirrozaini.

“Speedy recovery Chem,” komen sheelazhan pula.

“Get well soon auntie. Lots of love from King Oyen. Take care auntie,” doa king_oyen2022.

Untuk makluman, Azhar dan Chempaka Amalin mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 1995.

Sepanjang perkongsian hidup selama hampir 30 tahun, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora serta kembar tidak seiras, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button