Berita SemasaPM X

Media main peranan penting corak masa depan negara – PM

KUALA LUMPUR – Media adalah watak penting dalam memberi kritikan, teguran, pandangan, ulasan, dan pencerahan dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, beliau telah bertemu pengamal media tempatan dan luar negara bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara terkait polisi kerajaan, pelbagai isu semasa dan masa depan negara.

Beliau berkata, sesi ini penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya terkait prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan ASEAN.

“Moga sesi ini memberi manfaat kepada semua dan dapat dijayakan lagi kelak agar halatuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain lagi diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau semalam.

Pada pertemuan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut ditanya mengenai industri minyak dan gas negara yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button