
Manchester City tewas 1-2 kepada Aston Villa, kedudukan liga terus merosot
LONDON – Manchester City mengalami satu lagi kekalahan mengejutkan apabila tewas 1-2 kepada Aston Villa di Villa Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Kekalahan ini sekali gus mengekalkan prestasi buruk City, dengan sembilan kekalahan dalam 12 perlawanan terakhir mereka di semua pertandingan.
Skuad kendalian Pep Guardiola, yang sebelum ini dianggap hampir tidak dapat dikalahkan, kini menghadapi krisis besar memandangkan harapan untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris kelima berturut-turut hampir mustahil.
Jaringan Jhon Duran dan Morgan Rogers di kedua-dua babak perlawanan meletakkan Villa di hadapan, manakala gol lewat masa kecederaan oleh Phil Foden hanya sekadar hiburan kecil untuk City.
Dengan hanya satu kemenangan dalam 12 perlawanan terakhir menyaksikan City tersingkir daripada Piala Liga dan hampir terkeluar dari Liga Juara-Juara.
Kekalahan keenam musim ini membuatkan City jatuh ke tangga keenam dengan 27 mata selepas 17 perlawanan, manakala Aston Villa kini melonjak ke tangga kelima dengan 28 mata.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |