
Hannah nasihat atlet negara tidak ambil jalan mudah raih duit, terlibat dalam rasuah
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menasihatkan semua atlet negara agar tidak mengambil jalan mudah untuk meraih duit dan kekayaan seperti terbabit dalam salah laku
rasuah serta mengatur perlawanan.
Tanpa mengira jenis sukan, Hannah berkata, kejayaan seseorang atlet itu harus dicapai dengan bermaruah dan integriti, sekali gus kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.
“Kita selalu amalkan Kod Sukan Selamat jadi saya berharap perkara (berlaku baru-baru ini) sebagai pengajaran. Saya minta atlet kita jangan terpengaruh perkara seperti ini dan jangan ambil jalan singkat dapatkan duit untuk cepat kaya.
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memang sudah berbincang bermula tahun lalu dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk melihat bagaimana kita nak pastikan bukan sahaja badminton tetapi semua sukan bebas daripada rasuah dan mengatur perlawanan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Liga Bolasepak Wanita Nasional (LWN) 2024 di Stadium Merdeka, pada malam semalam.
Jumaat lalu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung bekas pemain perseorangan lelaki, Liew Daren dan penganalisis Institut Sukan Negara (ISN) Jerry Gan, masing-masing selama 12 dan tiga bulan selepas didapati terbabit dalam kegiatan pertaruhan.
BWF mengesahkan Daren terbabit dalam aktiviti pertaruhan dari 2018 hingga 2021 dan berusaha menghalang siasatan dengan menyembunyikan maklumat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |