Berita SemasaHiburan

Adi Putra stabil, masih dirawat di hospital

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra yang dimasukkan ke hospital selepas keadaannya lemah pada Jumaat lalu, kini masih dirawat dan berada dalam keadaan stabil.

Isteri beliau, Aida Yusof memberitahu, mereka masih lagi menunggu keputusan ujian darah untuk mengetahui maklumat lebih terperinci mengenainya.

“Setakat ini, okey sikit sebab dah diberi ubat, antibiotik dan sebagainya. Cuma, keputusan ujian darah belum keluar lagi dan kami masih menunggu.

“Dia agak letih kerana jadual penggambaran yang berturut-turut selepas balik dari Mekah, kemudian kena kencing berdarah.

“Jadi, keadaannya memang agak lemah sedikit. Kemudian, selepas itu ada jangkitan di paru-paru pula,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Gambar di Instagram Adi menunjukkan keadaan tangannya dimasukkan air.

Aida berkata, dia akan memaklumkan kepada pihak media sekiranya ada maklumat terkini mengenai keadaan kesihatan Adi.

“Doktor belum beritahu sampai bila dia perlu ditahan di wad sebab masih perlu dipantau. Tapi, kalau ada maklumat terbaru, saya akan maklumkan,” katanya.

Jumaat lalu, ketika berada di lokasi penggambaran drama bersiri Sekam Di Dada, Adi kelihatan lemah hingga terpaksa dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Menjengah ke laman Instagram tonggak utama filem Mat Kilau itu, Adi berkongsi gambar tangannya yang dimasukkan air dengan kapsyen bertulis: “Semoga dipermudahkan. Aku rindu padamu ibu.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button