Berita SemasaSukan

Sukan SEA 2025: ASTAF umum lima acara sepak takraw dipertandingkan

KUALA LUMPUR – Lima acara sepak takraw bagi kategori lelaki dan wanita akan dipertandingkan pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Disember, tahun depan.

Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dalam satu kenyataan hari ini berkata, acara yang akan dipertandingkan itu adalah regu berpasukan, regu, kuadran, gelung dan chinlone.

ASTAF turut berkata, pasukan negara yang bertanding boleh menyenaraikan sehingga 21 pemain bagi lelaki dan wanita bagi acara sepak takraw serta mininum enam pemain atau maksimum lapan pemain bagi lelaki dan wanita untuk acara chinlone.

Menurut Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader, kelayakan dan perincian acara tersebut sudah diluluskan Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA di Ibu Pejabat Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Thailand, pada 25 Oktober lepas.

“Kami mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada NOC Thailand pimpinan Jeneral Prawit Wongsuwan.

“Kami juga menghargai persiapan Majlis Persekutuan Sukan SEA Thailand dan Ibu Pejabat Sukan SEA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Chaiyapak Siriwat,” katanya.

Abdul Halim berkata, Kumpulan A (Kategori Terbuka) merangkumi acara regu berpasukan lelaki dan wanita manakala Kumpulan B memberi kebenaran kepada setiap negara memilih dua daripada tiga acara iaitu antara regu, kuadran dan gelung untuk lelaki dan wanita.

Kumpulan C (Kategori Terbuka) memperkenalkan acara kuadran campuran dan Kumpulan D (Kategori Terbuka) untuk acara chinlone bagi lelaki dan wanita.

Setiap negara juga mesti menamakan dua pengadil yang diluluskan ASTAF untuk pertandingan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button