
MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat landa Perak, Selangor, pedalaman Sabah hingga tengah hari ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perak, Selangor dan Sabah, hingga tengah hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan di Perak melibatkan kawasan Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Keadaan sama dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat di Selangor,” katanya.
Sementara itu, cuaca buruk turut diramalkan melanda Sabah yang tertumpu di kawasan Pedalaman (Nabawan).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |