Luar Negara

Dewan di Parlimen Korea Selatan terbakar

SEOUL – Satu kebakaran dilaporkan berlaku dalam salah sebuah dewan di kompleks Parlimen Korea Selatan di barat Seoul, hari ini, memaksa hampir 500 orang dipindahkan

Agensi berita Yonhap memberitahu, kebakaran dilaporkan berlaku pada pukul 11.52 pagi waktu tempatan di dewan resepsi kompleks Parlimen di Yeouido, yang turut menempatkan bilik media dan dewan perkahwinan.

Sekitar 480 orang termasuk wartawan dan tetamu majlis perkahwinan dipindahkan, menurut bomba.

Daripada jumlah itu, enam individu terpaksa dirawat kerana terhidu asap, namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 1 tengah hari dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button