
Bekas vokalis Raihan meninggal dunia
BATANG KALI – Bekas vokalis Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar, 49, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Yam Bharu, dekat sini hari ini.
Pemergian Allahyarham disahkan sendiri Pengurus Kumpulan Inteam, Mohd Shahrulhikmi.
Difahamkan, Allahyarham menghidapi kencing manis dan sakit buah pinggang yang turut menjejaskan penglihatannya.
Jenazah disempurnakan di Masjid Al Falah Ulu Yam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kaloi selepas solat Zohor tadi.
Allahyarham Nordin memulakan karier seninya dengan menganggotai kumpulan nasyid Alarm Me yang popular dengan lagu Bulan-Bulan Islam.
Pada 2006, Allahyarham menyertai Raihan menggantikan vokalis utama Raihan, Nazrey Johani yang tampil dengan album solo.
Pada 2007, Allahyarham kemudiannya meninggalkan Raihan dan muncul sebagai penyanyi solo dengan album Mari Berdoa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |