Berita SemasaDalam Negeri

Tiada isu dalam lantikan Tun Musa sebagai TYT, kenapa melalak?- PM

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempertikai pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang pernah dikaitkan dengan tuduhan rasuah lampau.

Beliau berkata, pertikaian mengenai isu itu tidak berasas kerana Tun Musa telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan rasuah dan penggubahan wang haram, empat tahun lalu.

Bahkan katanya, keputusan melepaskan Tun Musa itu dibuat pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

“Jadi sekarang ini apa isu dia? Kemudian melalak seolah jadi masalah apa?

“(Jika) ada kes dibawa ke mahkamah, jika tidak ada, maka (kes) ditutup,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku biografi Lim Kit Siang: Malaysian First di sini pada Jumaat.

Anwar berkata, pelantikan Tun Musa sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah juga dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah dengan perkenan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button