
Program Memfail Dokumen Yang Ditentukan boleh dimuat naik melalui portal LHDN
CYBERJAYA – Program Memfail Dokumen Yang Ditentukan di bawah Seksyen 82B Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 melalui Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS) telah dimuat naik di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.
Menurut LHDN, aplikasi MITRS dengan modul pengemukaan dokumen di bawah Seksyen 82B ini akan dibuka untuk capaian pembayar cukai mulai 1 April 2025.
“Pembayar cukai juga boleh melantik ejen cukai berlesen di bawah seksyen 153 ACP 1967 bagi tujuan pengemukaan melalui MITRS.
“Program ini akan berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran (TT) 2025 untuk pembayar cukai kategori syarikat dan perkongsian liabitliti terhad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, pembayar cukai yang telah
mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) di bawah Seksyen 77 atau 77A ACP 1967 dikehendaki memberi maklumat dan mengemukakan dokumen yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalan Negeri (KPHDN) bagi tujuan penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar.
“Sebagai permulaan, dokumen di bawah Seksyen 82B yang perlu dikemukakan
untuk penentuan pendapatan boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar untuk TT yang berkenaan adalah melibatkan penyata kewangan beraudit /akaun pengurusan; pengiraan cukai yang lengkap; jadual lengkap elaun modal dan kenaan Jadual 3 ACP 1967 yang dituntut dan pengiraan lengkap insentif yang dituntut.
“Dokumen perlu dikemukakan secara elektronik melalui MITRS dengan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan BNCP.
“Walau bagaimanapun, dokumen selain daripada bahasa tersebut perlu diterjemahkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Sementara itu katanya, sebagai panduan dan rujukan kepada pembayar cukai berkenaan pelaksanaan program itu boleh diakses melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ atau capaian pantas di portal rasmi HASiL > Borang > Program Memfail Dokumen Yang Ditentukan di Bawah Seksyen 82B Melalui MITRS.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |