Berita SemasaDalam Negeri

PLUS jangka trafik sempena cuti tahun baharu cecah 2.12 juta

KUALA LUMPUR – Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.12 juta kenderaan sehari sepanjang tempoh cuti akhir tahun bermula hari ini hingga 2 Januari 2025.

Jumlah itu adalah peningkatan purata 1.85 juta kenderaan berbanding pada hari biasa.

PLUS dalam satu kenyataan berkata, pelbagai langkah diambil bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya kekal selamat, lancar dan selesa walaupun trafik dijangka meningkat.

“Antara usaha yang dilaksanakan ialah meningkatkan rondaan pasukan PLUSRonda di sepanjang lebuh raya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan jalan turut dihentikan sepanjang tempoh ini, bermula 20 Disember 2024 hingga 2 Januari 2025, kecuali bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan tindakan segera.

PLUS juga menugaskan lebih 4,000 kakitangan untuk beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.

“Ini termasuk anggota di plaza tol, pasukan PLUSRonda, kakitangan penyelenggaraan, Pusat Pemantauan Trafik, serta anggota RELA bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya,” katanya.

Bagi memudahkan pengguna mendapatkan maklumat terkini, PLUS menyediakan pelbagai saluran komunikasi termasuk aplikasi PLUS, papan tanda elektronik (VMS), Aplikasi X @PLUSTrafik, laman media sosial rasmi, Pembantu Maya – PUTRI, serta siaran radio utama negara.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya disarankan merancang perjalanan mereka dengan bijak untuk mengelakkan kesesakan trafik, terutamanya semasa waktu puncak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button