
Pengecualian visa kepada warganegara India dilanjut hingga 31 Disember 2026
PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menyelaraskan pelanjutan pengecualian visa bagi negara India sehingga 31 Disember 2026.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman berkata, ia selari dengan pempengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025 dan persediaan kepada Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Terdahulu, kerajan turut memberikan
pelanjutan pengecualian visa kepada tarikh yang sama kepada negara China.
“Pelan Liberalisasi Visa telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi prospek meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi kepada aspek keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, salah satu inisiatif di bawah Pelan Liberalisasi Visa itu ialah pemberian pengecualian visa bagi tempoh selama 30 hari kepada warganegara China dan India.
Katanya, ia berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2026 untuk China dan 31 Disember 2024 untuk India.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |