Jenayah & Mahkamah

Pelawak, Along Cham dituduh miliki 58.23 gram ganja

SEPANG – Pelakon dan pelawak, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, atau dikenali Along Cham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki ganja seberat 58.23 gram.

Tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman dii Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

“Tidak (mengaku tidak bersalah),” katanya.

Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyber 9, Cyberjaya, dekat sini pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan sebat maksimum 10 sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, Along Cham merayu jaminan diberikan berikutan mempunyai anak yang akan bersekolah tahun depan.

Bagaimanapun, Ahmad Fuad tidak membenarkan jaminan berikutan peruntukkan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesalahan tidak boleh dijamin.

Dalam pada itu beliau turut menetapkan sebutan kes untuk laporan kimia pada 27 Januari depan.

Along Cham turut berdepan dengan satu lagi pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini berkaitan dengan dadah.

Pelawak itu ditahan di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu lalu.

Media sebelum ini melaporkan hasil ujian air kencing terhadap selebriti itu positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC), manakala siasatan polis mendapati suspek tiada rekod lampau dan disiasat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button