Berita Semasa

MCMC terbit kod tatalaku

Pastikan penyedia perkhidmatan utamakan keselamatan dalam talian

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah menerbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) itu adalah susulan daripada Laporan Rundingan Awam yang diterbitkan kelmarin.

“Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) telah dibangunkan untuk menyokong kerangka
kelesenan untuk penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia
perkhidmatan media sosial, yang menggariskan amalan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia perkhidmatan dalam menangani kandungan dalam talian yang memudaratkan dan keperluan tatalaku yang lain.

“Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) bertujuan untuk memastikan penyedia perkhidmatan mengutamakan keselamatan dalam talian, terutamanya untuk kanak-kanak dan golongan rentan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, MCMC turut menghargai maklum balas yang diterima sepanjang proses rundingan awam tersebut.

Katanya, maklum balas daripada pihak awam telah bantu memastikan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) mampu menangani cabaran yang sentiasa berkembang dalam persekitaran dalam talian sambil mewujudkan ruang yang lebih selamat dan terjamin untuk semua rakyat Malaysia.

Dalam pada itu katanya, kod itu juga akan disemak dari semasa ke semasa
mengikut keperluan untuk memastikan ia kekal relevan dan berkesan dalam
menangani cabaran semasa.

“Suruhanjaya akan memberikan panduan dalam penerapan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) ini untuk memastikan
keberkesanannya bagi mengekalkan persekitaran dalam talian yang selamat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan akses kepada Kod Tatalaku (Amalan Terbaik), orang ramai boleh layari pautan
https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/Resources/MCMC_Co
de-of-Conduct-Best-Practice-for-Service-Providers.pdf.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button