
Lagi kes kucing mati di UM dengan kecederaan mengerikan, putus keempat-empat kaki
KUALA LUMPUR – Seekor lagi kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM), di sini, dengan keempat-empat kakinya dipercayai dipotong dan luka besar pada badan.
Penemuan kucing malang yang dinamakan ‘Lily’ itu dikongsi oleh seorang pengguna akaun Instagram (IG) bernama shimaaris yang menyeru keadilan untuk Lily serta dua kucing lain yang sebelum ini ditemui dalam keadaan serupa.
Pengguna IG itu mempersoalkan bagaimana insiden kejam seperti itu boleh terus berlarutan, memandangkan Lily merupakan kucing kelima yang didakwa dibunuh di universiti berkenaan.
Sebelum ini, tular di media sosial sebuah hantaran mengenai penemuan dua ekor kucing dalam keadaan mengerikan di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM, di mana keempat-empat kaki haiwan itu kelihatan seperti dipotong dan perutnya dibelah.
Polis bagaimanapun mengesahkan dua ekor kucing yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan itu adalah akibat serangan anjing liar, bukannya akibat penganiayaan manusia.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |