
Dua pemancing naiki jetski hilang ditemui selamat
SHAH ALAM – Dua sahabat yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing menaiki jetski ditemui selamat pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Bintu Gedong petang semalam.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kedua-dua mangsa ditemui bersama jetski yang terbalik pada pukul 3.45 petang hasil maklumat Jabatan Laut Wilayah Tengah.
Sebelum itu katanya, makluman mengenai kehilangan Shahrul Hisham Mohd Tahir, 50, dan Micheal Januarius, 68, dibuat oleh anak Shah Hisham.
“Bertindak kepada maklumat itu, Sub Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 2 pagi kelmarin,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Abdul Muhaimin berkata, kedua-dua mangsa yang ditemui kemudian dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulai Indah, Pelabuhan Klang.
Mangsa berjaya dibawa ke darat pada pukul 8.35 malam semalam.
Katanya, mangsa melaporkan jetski yang ditunggang mereka mengalami masalah enjin akibat tersangkut tali sauh.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |