Berita SemasaDalam Negeri

Rosmah Mansor bebas 12 tuduhan pengubahan wang haram

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM7,097,750 serta lima tuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Memetik laporan Sinar Harian, Hakim K Muniandy membuat keputusan tersebut selepas menerima permohonan isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu untuk membatalkan kesemua pertuduhan berkenaan.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram, Rosmah, 73, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Sementara itu, bagi tuduhan berkaitan LHDN, beliau dituduh gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN.

Tindakan tersebut didakwa bertentangan dengan Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967, dan tiada alasan munasabah seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 112 akta yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, antara 4 Disember 2013 hingga 8 Jun 2017, serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Dalam pada itu, Rosmah masih menghadapi prosiding rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mengenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button