
Ujian penukaran tali pinggang hitam Persatuan Karate Hayashi-Ha Selangor dijangka terima pengiktirafan MBOR
SHAH ALAM – Ujian penukaran tali pinggang hitam anjuran Persatuan Karate Hayashi-Ha Negeri Selangor dijangka menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) bagi calon terbanyak menduduki ujian pemarkahan tali pinggang hitam karate 2024.
Program yang dijadualkan berlangsung esok dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari itu akan diadakan di Kompleks Sukan Shah Alam Panasonic, sekali gus menjanjikan pengalaman yang luar biasa kepada semua peserta dan peminat sukan bela diri.
Acara itu turut bakal dihadiri oleh Ketua Jurulatih Persatuan Karate Hayashi-Ha negeri Selangor merangkap Ketua Persatuan Karate negeri Kelantan, Dr. Thennavan Ponniyah.
Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan acara berprestij ini, yang bukan sahaja dijangka bakal mencipta rekod baharu, tetapi juga memperkukuhkan semangat perpaduan dan kecemerlangan dalam sukan seni bela diri di Malaysia.
Untuk sebarang maklumat atau pertayaan sila hubungi talian 012-2112294.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |