Berita Semasa

RCI Batu Puteh bukan untuk balas dendam – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh bukan bertujuan membalas dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar berkata, tidak seharusnya naratif dendam dimainkan kerana Pasukan Petugas Khas (PPK) yang diwujudkan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan perkara itu sehingga membawa kepada RCI ditubuhkan ketika pemerintahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tidak timbul pun (untuk balas dendam), pasukan (petugas) khas itu dibuat sebelum saya pun, itu masa Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Menterinya (ketika itu adalah) Datuk Seri Hamzah (Zainudin), (Datuk Seri) Takiyudin (Hassan). (PPK) ada buat (kajian), dan ‘finding’ (penemuan dalam laporan PPK) lebih teruk lagi. Jadi tak usah main (naratif dendam),” katanya memetik laporan BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Darul Ulum SMK Agama Putrajaya di sini, hari ini.

Semalam usul membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dibuat di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, usul itu bukan bertujuan mahu mendakwa mana-mana pihak sebaliknya ia bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button