Berita Semasa

Kes bayi dibekukan: Bapa bayi Adham buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Bapa kepada bayi yang tular selepas meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah hospital bersalin swasta di sini membuat laporan polis pada awal pagi tadi.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook milik aktivis kemanusiaan, Mr Wan Cai Official, bapa kepada bayi itu membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pukul 2.15 pagi tadi.

“Laporan Polis terhadap pihak hospital telah dibuat oleh bapa bayi Adham dengan di temani oleh peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar,” katanya hari ini.

Kelmarin, Mr Wan Cai Official mendedahkan, bayi lelaki yang diberi nama Adham itu dilahirkan dengan satu mata, tiada hidung dan tiada lubang dubur.

Wan Cai mendedahkan, bayi berkenaan disimpan selama dua minggu di dalam peti beku, selain ibu bayi ditahan oleh pihak hospital kerana tidak membayar kos rawatan di situ.

Beliau mempersoalkan motif pihak hospital menahan ibu bersama jasad bayi dan mempertikaikan sifat perimanusiaan doktor di hospital terbabit.

Sementara itu pihak Hospital Bersalin Razif yang tampil menjawab isu itu mendakwa pesakit sedang melalui kehamilan pertama dan tidak pernah menjalani pemeriksaan antenatal sepanjang hamil.

Dakwa pihak HBR lagi, pesakit datang dalam keadaan sakit ditemani oleh suaminya namun, pesakit kemudian mendakwa tidak berkahwin.

Jelas HBR lagi, pesakit selamat melahirkan bayi tidak lama kemudian namun malangnya bayi itu dilahirkan dengan sindrom Cyclopia (bayi hanya mempunyai satu mata, serta tidak memiliki hidung dan anus).

Namun bayi itu kemudian semakin lemah dan meninggal dunia serta ditempatkan di hospital itu sehingga dikebumikan selepas dua minggu dilahirkan atas inisiatif pelbagai pihak yang prihatin terhadap nasib malang bayi itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button