Politik

‘Tunggu masa yang sesuai’ – Ahmad Samsuri

KUANTAN – Teka-teki mengenai peletakan jawatan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN), masih berterusan kerana beliau enggan mengulas mengenainya.

Laporan BH Online menyebut, Ahmad Samsuri sebaliknya memberitahu, akan mengeluarkan kenyataan “pada masa yang sesuai”.

“Saya tahu topik apa (perkara) yang anda (media) semua nak tanya, buat masa ini saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan, tunggu masa yang sesuai nanti,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas Majlis Penyerahan Projek Paip Agihan Air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di Rumah Pam Penggalak Gebeng, di sini hari ini.

Difahamkan , Ahmad Samsuri akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

Related Articles

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengesahkan Ahmad Samsuri yang juba Naib Presiden parti itu telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN, namun tidak mengulas lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button