Jenayah & Mahkamah

Polis tahan lelaki pandu melulu setelah ditegur hisap rokok di stesen minyak

PETALING JAYA – Polis sudah menahan menahan lelaki yang memandu kereta dalam keadaan melulu selepas ditegur menghisap rokok di stesen minyak di Damansara Damai, dekat sini semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan M Hussin Sollehuddin, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor, di sini pada pukul 2 petang semalam.

Tambahnya, semakan mendapati suspek memiliki 34 rekod jenayah lampau dan hasil saringan air kencing didapati dia positif ganja.

“Susulan itu satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek akan direman esok (hari ini) di Mahkamah Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki memandu secara melulu dan membahayakan selepas ditegur orang awam kerana menghisap rokok di sebuah stesen minyak di Damansara Damai.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan,” katanya.

Beliau berkata, mana-mana saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil membuat laporan polis dan membantu siasatan dengan ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya ditalian 03-79662222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button