Kombinasi bahasa dan AI: YTL AI Labs lancar Ilmu 0.1
KUALA LUMPUR – YTL AI Labs hari ini mencipta sejarah apabila memperkenalkan Ilmu 0.1, sebuah Model Bahasa Besar atau Large Language Model (LLM) yang dirancang dan dibangunkan secara khusus oleh rakyat Malaysia untuk memenuhi keperluan negara.
Pengarah Eksekutif YTL AI Labs, Lou Yeoh, berkata, pelancaran Ilmu 0.1 adalah satu pencapaian penting untuk Malaysia dalam memajukan aplikasi untuk pelbagai industri seperti kewangan, pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam.
“Sebuah LLM Malaysia yang memahami bahasa Melayu serta budaya dan konteks tempatan adalah kunci dalam memajukan aplikasi dalam pelbagai industri seperti kewangan, pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Peluncuran Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Tambah Lou Yeoh, Ilmu 0.1 telah melepasi ujian nasional iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bahasa Melayu, sekali gus membuktikan kemampuan luar biasa model ini dalam memahami bahasa, budaya dan konteks tempatan.
“Dalam ujian penanda aras Malay MMLU, Ilmu 0.1 bukan sahaja mengungguli LLM tempatan, tetapi juga model LLM antarabangsa seperti GPT-4o dari OpenAI.
“Prestasi Cemerlang dalam Penanda Aras Dalam perbandingan prestasi, Ilmu 0.1 mencatatkan purata ketepatan 86.98 peratus, mengatasi GPT-4o (84.98 peratus) dan model terkemuka lain.
“Kemampuan ini membuka peluang besar untuk menyokong sektor tempatan dengan aplikasi berasaskan AI yang lebih relevan dan efektif,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Lou Yeoh berkata, Pelaburan Strategik dalam Ekosistem AI Pelancaran Ilmu 0.1 disokong oleh pelaburan besar YTL dalam ekosistem AI Malaysia.
Katanya, pada tahun lalu, syarikat ini bekerjasama dengan NVIDIA untuk membawa cip superkomputer terpantas dunia, NVIDIA GB200 Grace Blackwell Superchip ke Malaysia.
“Superkomputer ini akan ditempatkan di Kampus Pusat Data Hijau YTL di Johor yang dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga solar 500MW,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan YTL Power International, Dato Yeoh Seok Hong, menyatakan bahawa pelaburan ini adalah sebahagian daripada komitmen YTL untuk menjadikan Malaysia sebagai hab AI serantau.
“Kami berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan untuk membina Negara AI yang berdaulat, termasuk pembangunan Awan AI Berdaulat dan Model Bahasa Berdaulat Malaysia,” katanya.
Ujar beliau, dengan pelaburan melebihi RM20 bilion, YTL memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab AI yang kompetitif di peringkat global.
“Projek ini juga dijangka mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi, memacu ekonomi, dan mengukuhkan infrastruktur AI negara,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, YTL AI Labs boleh dihubungi melalui laman web rasmi mereka di https://www.ytlailabs.com/
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune