Wan Cai bidas kenyataan Hospital Bersalin Razif
KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Mr Wan Cai Official membidas kenyataan yang dikeluarkan pihak Hospital Bersalin Razif berhubung kronologi kes kematian adik Muhammad Adham Mikhail.
Melalui status yang dimuatnaik di laman Facebook beliau, Wan Cai menafikan bahawa ibu bapa bayi malang berkenaan belum berkahwin.
“Jahat kau doktor. Sudah lah kejam penipu pula. Kau keluarkan statement mak bapa baby Adham tak kahwin tanpa lihat sijil nikah mereka itu satu hal. Lepas tu kau kata bapa dia pula yang tak nak uruskan jenazah anaknya?,” tulis Wan Cai.
Tambah beliau, pihaknya turut mempunyai saksi mata yang melihat kejadian tersebut.
“Seorang kawan tempat kerja datang ke hospital kau buat bayaran RM663 pada tarikh 7 Disember. Lepas buat bayaran, kawan tu cuba tuntut jenazah tapi staff kau perempuan India yang ada di kaunter tak benarkan.
“Minah tu tekan suruh bayar baki RM1,817 baru jenazah baby Adham boleh dilepaskan. La ni kau pusing kata bapa dia yang tak nak uruskan jenazah.
“Sepatutnya kau mengaku kesalahan yang kau dah buat untuk betulkan keadaan. Tapi kau angkuh dan fikir boleh menang sebab kau ada duit. Kau perlu sedar fakta tidak boleh diubah menjadi auta.
“Aku ada saksi mata bersama bukti resit yang dikeluarkan atas nama hospital kau. Dan aku ada bukti dokumen sijil nikah yang kau sibuk duk kata ibu bapanya tak kahwin,” menurut status itu lagi.
Tambah Wan Cai, beliau hairan bagaimana pihak hospital berani mengatakan ibu bayi berkenaan dibenarkan keluar pada hari kejadian.
“Kau lupa pada hamba Allah yang tolong bayarkan baki RM1,800 duit bil hospital pada 11 Disember. Kalau Allah nak buka aib kau, silap-silap hamba Allah tu muncul tampilkan diri untuk menjadi saksi. Jangan kau lupa makhluk tiada kuasa, hanya Allah Maha Berkuasa!!!,” ujarnya.
Sebelum ini, Wan Chai mendedahkan seorang bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan ‘disimpan’ selama 16 hari oleh pihak hospital kerana menuntut bayaran berjumlah RM2,480 yang tidak mampu dibayar oleh bapa mangsa.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune