Bendera terbalik: Victor kesal, mohon maaf
KUALA LUMPUR – Pengeluar produk sukan antarabangsa, Victor memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran insiden bendera terbalik di jersi yang dipakai Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Final jelajah Dunia BWF di China hari ini.
Menurutnya dalam satu kenyataan sebentar tadi, pihaknya sangat kesal dengan kesilapan itu.
“Kami memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Zii Jia atas kesilapan yang dipamerkan pada jersi Lee Zif Jia semasa Pertandingan Akhir Jelajah Dunia BWF HSBC hari ini.
“Kesilapan ini tidak menggambarkan rasa hormat kami yang mendalam terhadap Malaysia, lambang negaranya, atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di persada antarabangsa,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, Victor turut memberi jaminan insiden tersebut tidak akan berulang lagi.
Terdahulu, jersi kedua yang dipakai Zii Jia ketika menewaskan Chou Tien-chen dalam aksi pertama kejohanan itu mencetuskan tanda tanya selepas bendera Malaysia yang dilekatkan di bahagian dada pemain itu berada di posisi terbalik 180 darjah.
Insiden itu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dan jenama itu memberikan respons segeranya.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune