Berita Semasa

Bapa rayu bantuan orang ramai kesan anak lelakinya

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan melarikan diri dari rumah di Taman Bellina, Kampung Sungai Kandis, di sini sejak semalam.

Pelajar tingkatan tiga itu, Muhammad Syahir Mohammad Sharul Nizam sehingga kini sudah lebih 24 jam tidak pulang ke rumah.

Menurut bapanya, Mohammad Sharul Nizam, anaknya itu menghilangkan diri sejak semalam selepas dia tiada dalam bas sekolah.

“Selepas itu saya ada menerima WhatsApp daripada anak saya yang meluahkan perasaan tidak berpuashati dan mahu keluar rumah untuk tinggal bersama individu tidak dikenali,” katanya Mohammad Shahrul yang juga seorang petugas media.

Dia tidak menolak kemungkinan anaknya telah diajak untuk keluar dari rumah oleh seseorang, yang dipercayai rakannya.

Sehubungan itu, Mohammad Shahrul telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Selain itu, beliau mengesyaki anaknya dipengaruhi oleh rakan-rakan mayanya kerana sering bermain games PUBG bersama mereka secara dalam talian.

Sehubungan itu, beliau merayu sesiapa yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubungi di talian 019-329 2616 atau mana-mana balai polis berdekatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button