Berita Semasa

Pengelasan T15 dimuktamad suku pertama tahun hadapan – Rafizi

KUALA LUMPUR – Pengelasan kategori T15 dijangka dimuktamadkan pada suku pertama tahun depan.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, buat masa ini masih ada rakyat yang belum mendaftar dalam sistem data kerajaan bagi menentukan sama ada mereka layak atau sebaliknya memperoleh subsidi kerajaan.

“Perancangannya supaya ia dapat diumumkan pada suku pertama tahun hadapan… maksudnya penentuan kelayakan pengelasan ini akan diumumkan, seterusnya akan beri ruang kepada mereka yang belum mendaftar.

“Bagi mereka yang telah semak dan dapati tidak layak, cadangannya akan ada mekanisma untuk rayuan.

“Perkara ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan pelaksanaan di stesen minyak kelak,” katanya di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Rafii berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang ingin tahu bilakah subsidi bersasar bagi petrol akan dilaksana dan apakah pendekatan diambil kerajaan bagi memastikan golongan yang terkesan menerima bantuan sewajarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button