Berita Semasa

Khairul Aming dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut

KUALA LUMPUR – Personaliti media sosial, Khairul Aming dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

Memetik laporan Astro Awani, difahamkan, Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamaruzaman, sebelum ini telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.

Namun, keadaannya memerlukan rawatan lanjut di hospital selepas simptom yang dialaminya berlarutan.

Menurut sumber terdekat, Khairul Aming mula mengalami simptom tersebut sejurus kembali dari misi kemanusiaan di mana beliau terlibat secara aktif membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan terjejas.

“Beliau kelihatan sangat letih selepas misi itu, tetapi tidak mengendahkan keadaannya kerana fokus membantu orang lain. Kini, doktor sedang memantau keadaannya dan menjalankan ujian lanjut,” kata sumber tersebut kepada Awani.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Khairul Aming atau pasukannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button