Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Hutang RM1 juta, rumah Che Ta diserbu Mara

PETALING JAYA – Kediaman pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali Che Ta di Kota Damansara di sini diserbu oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dipercayai kerana gagal menjelaskan hutang RM1 juta.

Memetik laporan Sinar Harian, serbuan itu dilakukan Mara bagi menilai barang milik artis berkenaan bagi tujuan penyitaan.

Ketika serbuan dilakukan, Che Ta dan suaminya Zain Saidin yang juga seorang pelakon dipercayai tiada di rumah. Kediaman tersebut ketika itu hanya dihuni ibu Che Ta.

Anak sulung Che Ta, Ammar Effendi dilihat memasuki rumah tersebut kira-kira sejam selepas pihak Mara membuat penilaian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button