Berita Semasa

Azmin sah SU Agung PN

PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang baharu bagi parti itu.

Azmin dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, Majlis Tertinggi (MT) PN menerima pelantikan tersebut, malam tadi.

“Terima kasih Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk membantu memperkukuhkan parti.

“Saya akan menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sedaya upaya saya bersama pasukan PN di semua peringkat. Maju bersama PN,” katanya menerusi hantaran itu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang dilaporkan menolak tawaran bagi jawatan tersebut berikutan mahu fokus kepada PN Selangor diketuainya dalam misi menawan negeri itu pada pilihan raya akan datang.

Dalam hantaran sama, Mohamed Azmin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memberitahu, mesyuarat MT turut mengesahkan pelantikan Datuk Mas Ermieyati sebagai Ketua Wanita PN dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik Ketua Penerangan PN.

Mesyuarat sama turut memutuskan bahawa parti itu akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Sabah yang bakal diadakan selewat-lewatnya pada November 2025.

Senarai Ahli MT PN yang baharu:

Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Pengerusi:

1. Tan Sri Abdul Hadi Awang

2. Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai

3. Punithan Paramsiven

4. Datuk Seri Hamzah Zainudin

Setiausaha Agung: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Ketua Penerangan: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Bendahari Agung: Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Timbalan Setiausaha Agung: Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Ketua Wanita: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Ketua Pemuda: Afnan Hamimi Taib Azamudden

Ketua Pengarah Pilihan Raya: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

Ahli Majlis Tertinggi:

1. Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

2. Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

3. Oh Tong Keong

4. Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

5. Datuk Idris Ahmad

6. Loh Kah Yong

7. Subramaniam Surunaryan

8. Manimaran Kanappram

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button