Berita Semasa

Penunggang motosikal parah nahas 5 kenderaan termasuk ambulans

KAJANG – Seorang penunggang motosikal parah manakala lima individu termasuk dua wanita cedera ringan dalam nahas membabitkan lima kenderaan di Jalan Kajang Perdana di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.50 pagi.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kemalangan terbabit melibatkan dua motosikal jenis Yamaha Y15 dan Yamaha Nouvo LC serta ambulans, van dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex.

“Seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal mengalami cedera parah akibat tersepit dalam kemalangan itu, namun anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersebut,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button