AgamaBerita Semasa

Menteri Agama perjelas halangan guru KAFA kontrak diserap ke perjawatan tetap

KUALA LUMPUR – Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang masih berkhidmat secara kontrak didapati tidak memenuhi syarat minimum bekerja tiga hari seminggu, menyebabkan sebahagian daripada mereka tidak layak untuk diserap ke jawatan tetap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menjelaskan bahawa kegagalan mematuhi syarat tersebut turut menyulitkan proses pengurusan bagi pihaknya.

“Untuk serap guru KAFA kontrak ke perjawatan tetap, setakat ini keperluan yang diperlukan iaitu tiga hari bekerja tidak memenuhi hasrat terbabit.

“Jadi oleh kerana syarat itu tidak dipenuhi, di situ ada kesulitan dalam konteks untuk menyerap guru-guru KAFA ini kepada gred yang tetap. Itu yang jadi isu sebenarnya,” katanya sambil memberi jaminan terhadap kebajikan mereka termasuk kenaikan elaun.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini selepas Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mahu penjelasan daripada kerajaan apakah faktor yang menghalang guru KAFA dalam perkhidmatan kontrak belum dapat diserap ke perjawatan tetap.

Terdahulu, Mohd Na’im memaklumkan, setakat ini, terdapat 35,000 orang guru kafa berbanding daripada 33,200 orang selepas kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak 1,800 lagi kuota guru pada 2020.

Jelas beliau, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan KAFA, sentiasa menilai dan merancang penambahan bilangan guru KAFA

“Langkah itu penting bagi menampung kekurangan guru KAFA selain menambah baik sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran terbabit.

“Pihak berkuasa agama negeri juga mengambil langkah yang proaktif untuk melantik guru KAFA baharu bagi mengisi kekosongan.

“Jakim sentiasa mengemaskini dan membuat unjuran terhadap keperluan pertambahan perjawatan guru KAFA supaya seimbang antara nisbah bilangan guru dan premis KAFA,” katanya menjawab soalan asal dikemukakan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai tambahan kuota guru KAFA.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button