Berita Semasa

DBKL terus laksana penyusunan semula penjaja – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus melaksanakan penyusunan semula penjaja di ibu kota bagi memastikan mereka berniaga secara sah di tapak gerai yang lebih formal dan berstruktur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, penyusunan menerusi Program Lestari Niaga itu akan diteruskan untuk tahun 2025 dengan pelaksanaan 20 projek yang dianggarkan akan melibatkan 1,300 penjaja.

Menurut Dr.Zaliha, sepanjang tahun lalu hingga kini, program tersebut memberi manfaat kepada para peniaga dan penjaja kecil.

“Program ini telah memanfaatkan 2,621 peniaga dan penjaja kecil melalui pelaksanaan 83 projek di 76 lokasi gerai makanan dan pasar,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Zaliha berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang meminta kerajaaan menyatakan apakah status terkini Lesen KL Madani yang telah dikeluarkan oleh DBKL dan adakah lesen-lesen tersebut masih aktif serta berapa jumlah keseluruhan lesen yang telah dikeluarkan setakat ini.

Dr. Zaliha seterusnya memaklumkan, Lesen KL Madani hanya dikeluarkan kepada pemegang lesen KL Prihatin yang mahu membuat pembaharuan, dan bukannya bagi permohonan lesen baharu.

Berdasarkan rekod, jumlah lesen yang telah dikeluarkan di bawah KL Prihatin adalah sebanyak 4,328.

“Setelah pandemik berakhir, jumlah terkini pemegang lesen yang masih aktif dan telah memperbaharui lesen atas jenama KL Madani adalah seramai 433 orang sahaja, iaitu kira-kira 10% daripada jumlah lesen asal”

Beliau turut menegaskan, penjaja-penjaja ini akan dipantau supaya tidak menyebabkan perkara-perkara seperti kesesakan lalulintas akibat berniaga di lokasi yang tidak sesuai, kebersihan bandar yang terjejas akibat ketidakpatuhan pematuhan penjaja terhadap garis panduan dan persaingan ruang awam antara penjaja dan pengguna lain seperti pejalan kaki di kawasan siar kaki atau kaki lima.

DBKL turut akan meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan garis panduan dan kesejahteraan awam tetap terjaga susulan menerima aduan daripada sesetengah komuniti yang terjejas akibat kacau ganggu daripada aktiviti penjaja, terutamanya penjaja tanpa lesen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button