
Terlantar menerima rawatan akibat kepenatan, Khairul Aming masih tersenyum
KOTA BHARU – Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming dilaporkan rebah akibat kepenatan selepas terlibat dalam misi bantuan mangsa-mangsa banjir di negeri itu.
Dalam satu video yang tular hari ini, Khairul Aming dilihat terlantar di katil sebuah klinik dipercayai sedang dimasukkan air ke dalam badan. Meskipun dalam keadaan tidak sihat, beliau dilihat masih mampu mengukir senyuman.
Beliau dikatakan mengalami kepenatan akibat kurang tidur kerana menguruskan bantuan bersama ‘pasukannya’ sejak seminggu yang lalu.
Video berkenaan turut menunjukkan beberapa orang rakan Khairul Aming yang menemani beliau.
Misi bantuan mangsa banjir yang digerakkan Khairul Aming di Pasir Mas, Kelantan baru-baru ini tular selepas berjaya menghulurkan bantuan kepada 2,000 mangsa dalam masa hanya dua jam.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |