Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Lelaki 23 tahun ditahan polis bantu kes liwat kanak-kanak empat tahun

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan berhubung siasatan kes liwat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek warga tempatan itu ditahan di kawasan Taman Perindustrian Tampoi Jaya di sini, kira-kira jam 3.20 petang, semalam.

Katanya, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D9, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan selepas menerima maklumat.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah anak kepada pengasuh mangsa yang telah dijaga sejak dua tahun lalu.

“Mangsa diliwat sebanyak dua kali sekitar Oktober lalu. Keluarga mangsa menyedari berlaku perubahan pada diri mangsa,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek yang juga pekerja kilang itu negatif dadah.

Pada masa sama, Raub menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih penjaga bagi anak-anak dan melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button