Berita SemasaDalam Negeri

Datuk Bandar KL umum 15 program tunjang pembangunan bandar mampan

KUALA LUMPUR – Bersempena pencapaian 100 hari pentadbiran, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif mengumumkan visi dan misi untuk menjadikan ibu kota ini sebagai sebuah bandar yang progresif, relevan dan disayangi semua.

Dalam ucapannya, beliau mengisytiharkan tahun 2025 sebagai “Year of Delivery” atau Tahun Pelaksanaan bertujuan memastikan setiap program dan projek yang dirancang memberikan impak positif kepada warga kota.

Bagi memperkukuh agenda transformasi, Datuk Bandar memperkenalkan 15 Program Flagship DBKL yang akan menjadi tunjang kepada pembangunan bandar mampan, inklusif, dan inovatif.

Inisiatif itu katanya termasuk pewartaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur serta penerapan teknologi Bandar Pintar yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan data masa nyata untuk perancangan bandar yang lebih cekap.

Beliau turut menekankan keutamaan komunikasi strategik yang jelas dan efektif kepada warga kota, di samping penambahbaikan pengurusan aduan agar lebih responsif dan efisien.

Prinsip tadbir urus berintegriti melalui pendekatan CATEE (Competent, Accountable, Transparent, Effective, Efficient) juga terus menjadi asas utama.

“Pencapaian DBKL turut diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Antara kejayaan terbaru ialah Anugerah Bandar Paling Mampan 2024 daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), tempat ketiga dalam SDG City Awards untuk inisiatif 1C1R, dan Circular City Award bagi pelaksanaan ekonomi kitaran.

“Usaha ini selari dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyeru semua penjawat awam mempertingkatkan mutu penyampaian dan perkhidmatan dengan memastikan prestasi yang jauh lebih baik bermula bulan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengakhiri ucapannya, Datuk Bandar menyeru semua warga DBKL untuk bersama-sama membawa transformasi demi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang berdaya huni dan disayangi, sesuai dengan aspirasi “A Liveable and Loveable City.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button