Berita SemasaSukan

Mike Tyson disaman RM7 juta kerana langgar kontrak promosi perjudian

LONDON – Bekas juara dunia tinju heavyweight, Mike Tyson, berdepan tuntutan saman hampir 1.5 juta euro (RM7 juta) di Mahkamah Tinggi London atas dakwaan melanggar kontrak dengan sebuah syarikat perjudian demi bertarung dengan personaliti media sosial yang kini bergelar petinju, Jake Paul.

Medier, sebuah syarikat berdaftar di Cyprus yang mempromosikan kasino dalam talian dan syarikat pertaruhan Rabona, mendakwa Tyson dan syarikatnya, Tyrannic membatalkan perjanjian promosi yang dimeterai pada Januari lalu.

Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan pada Oktober, Tyson membatalkan kontrak tersebut pada bulan Mac, iaitu hari yang sama pertarungan antara beliau dan Paul diumumkan dengan alasan Medier melanggar perjanjian tersebut.

Walau bagaimanapun, peguam Medier berhujah bahawa tindakan mereka tidak melanggar syarat kontrak dan bahawa keputusan Tyson untuk membatalkan perjanjian itu telah menyebabkan kerugian kepada syarikat sekitar 1.46 juta euro (RM 6.8 juta).

“Punca sebenar pembatalan kontrak secara tergesa-gesa dan tidak sah oleh Tyson dan Tyrannic adalah kerana beliau telah bersetuju dengan perjanjian lain yang ditaja oleh Netflix untuk bertarung dengan influencer Jake Paul,” katanya, memetik laporan Reuters.

Tyson dan syarikatnya, Tyrannic, belum memfailkan pembelaan terhadap tuntutan ini, dengan Tyson masih tidak memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

Paul yang berusia jauh lebih muda daripada Tyson menggunakan kelebihannya menewasnya petinju legenda itu.

Perlawanan tinju antara Paul, 27, dan Tyson, 58, yang berlangsung di Texas bulan lalu disiarkan secara langsung melalui Netflix.

Pertarungan itu mendapat liputan meluas, namun gagal memenuhi jangkaan ramai, dengan Jake Paul meraih kemenangan melalui keputusan sebulat suara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button