
PENDAKWAH Indonesia, Gus Miftah baru-baru ini terlibat dalam beberapa kontroversi yang mendapat perhatian meluas apabila tular di media sosial negara itu.
Terbaharu, beliau dikecam apabila mengeluarkan kata-kata menghina kepada seorang penjual teh ais (es teh) bernama Sunhaji dalam satu acara di Magelang, Jawa Tengah pada akhir November lalu.
Tindakan tersebut mendapat kritikan hebat daripada masyarakat yang menilai perbuatan Gus Miftah tidak mencerminkan akhlaknya sebagai seorang pendakwah yang sepatutnya memiliki keperibadian mulia.

Akibat tekanan dan kritikan berterusan, beliau mengambil Keputusan meletak jawatan sebagai Utusan Khusus Presiden Bidang Kerukunan Beragama dan Pembinaan Sarana Keagamaan.
Keputusan itu mendapat reaksi positif daripada Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, yang menghargai langkah tersebut sebagai tindakan yang tepat.
Di Indonesia, gelaran kehormatan yang diberikan kepada tokoh agama memiliki makna dan konteks sosial yang berbeza. Ia mencerminkan kedudukan, peranan serta hubungan dengan masyarakat.
Antara gelaran yang sering disebut dalam kalangan tokoh agama di negara serumpun itu adalah Ustaz, Kiai, Syeikh, Habib dan Gus.
Meskipun semua gelaran itu berkaitan dengan pihak berkuasa dalam ilmu agama Islam, masing-masing memiliki latar belakang sejarah dan kebudayaan yang berbeza.
Jom semak apakah makna di sebalik gelaran tersebut untuk memahami erti dan pembawaannya.
1. Ustaz/Ustazah
Gelaran Ustaz (untuk lelaki) dan Ustazah (untuk wanita) berasal dari bahasa Arab āUstadā yang bermaksud guru atau pengajar.
Dalam konteks negara Indonesia, gelaran ini diberikan kepada individu yang memiliki keilmuan dalam agama Islam, khususnya sebagai pengajar atau penceramah.
Sebutan ini digunakan di pelbagai wilayah Islam, termasuk Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara. Dalam masyarakat Indonesia, Ustaz dan Ustazah lebih merujuk pada guru agama Islam di sekolah-sekolah atau pesantren (pondok).

2. Kyai/Kiai
Kyai atau Kiai adalah gelaran yang lebih khusus digunakan dalam kebudayaan Jawa untuk menyebut tokoh agama yang memimpin pesantren atau dianggap memiliki pengetahuan dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat.
Secara etimologi, kata Kiai berasal dari konsep penghormatan terhadap seseorang yang dianggap āyang dituakanā atau āyang dihormatiā.
Selain itu, dalam masyarakat Banjar dan Kalimantan, Kiai juga digunakan untuk menyebut ahli pejabat pentadbiran, seperti ketua daerah yang tidak selalu terkait dengan keilmuan agama.
3. Syeikh
Syeikh merupakan gelaran kehormatan dalam tradisi Arab yang bermakna ātertuaā atau āyang muliaā.
Dalam Al-Quran, perkataan Syeikh ada pada ayat ke-23, Surah Al-Qasas. Di Jazirah Arab, gelaran ini digunakan untuk merujuk kepada pemimpin suku atau komuniti tertentu.
Dalam konteks Islam, Syeikh juga digunakan untuk menyebut ulama yang memiliki keahlian dan autoriti dalam ajaran agama atau pemimpin spiritual dalam Tarekat Sufi.
Di Indonesia, gelaran ini lebih sering disematkan kepada ulama besar atau mubaligh, terutama mereka yang berasal dari keturunan Arab.
4. Habib/Habaib
Habib atau Habaib dalam bentuk jamak berasal dari bahasa Arab yang bererti āyang dicintaiā atau ākekasihā.
Gelaran ini secara khusus diberikan kepada keturunan Nabi Muhammad SAW terutama mereka yang berasal dari wilayah Hadhramawt, Yaman dan telah menyebar ke wilayah Asia Tenggara.
Dalam masyarakat Indonesia, hanya keturunan lelaki dari Rasulullah SAW yang berhak menyandang gelaran ini.
Habib dianggap sebagai gelaran kehormatan yang menandakan kedudukan istimewa, baik dalam hal keilmuan agama mahupun nasab (keturunan).
5. Gus
Gus adalah gelaran umum yang digunakan dalam kalangan masyarakat Jawa, terutama di pesantren untuk menyebut anak lelaki atau keluarga dari seorang Kiai.
Gelaran ini digunakan baik untuk menyebut anak lelaki kandung Kiai yang belum dianggap layak untuk menyandang gelar Kiai, mahupun untuk menantu Kiai.
Secara etimologi, Gus mengandungi makna keakraban dan penghormatan. Dalam konteks sosial pesantren, gelaran ini mencerminkan hubungan kekeluargaan dan kedudukan seseorang dalam struktur pesantren tersebut.
Kesimpulannya, setiap gelaran kehormatan dalam tradisi Islam di Indonesia, meskipun berkaitan dengan pihak autoriti agama, ia memiliki makna yang berbeza berdasarkan konteks budaya dan sosial.
Ustaz dan Ustazah lebih merujuk pada peranan mereka sebagai pengajar agama Islam, sementara Kiai dan Gus memiliki kedudukan yang lebih terkait dengan pengelolaan pondok pesantren dan keluarga Kiai.
Syeikh lebih sering dipakai untuk merujuk kepada ulama terkemuka atau pemimpin spiritual dan Habib pula khusus diberikan kepada keturunan Rasulullah SAW.
Semua gelaran ini menunjukkan hubungan yang kompleks antara pengetahuan agama, kedudukan sosial dan penghormatan dalam masyarakat Muslim Indonesia.

Dengan memahami perbedaan ini, kita akan dapat lebih menghargai dan menghormati berbagai peranan dan posisi dalam tradisi keagamaan di Indonesia.
Dan paling utama, apa pun gelaran yang diberikan, seharusnya sebagai umat Islam kita perlu sentiasa berusaha mempamerkan akhlak mulia dalam mencontohi Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW selaku makhluk teragung yang menjadi pembawa rahmat buat seluruh alam.
Sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud: āTidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada Hari Kiamat selain akhlak yang mulia, dan sesungguhnya Allah membenci orang yang buruk perangai dan berkata keji.ā ā [Hadis Riwayat Tirmizi]
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |