Luar Negara

Pendakwah persenda, hina penjual teh letak jawatan

JAKARTA – Pendakwah, Miftah Maulana Habiburrahman yang sebelum ini dirakam mempersenda dan menghina seorang penjual teh ketika satu program keagamaan, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Utusan Khas (Bahagian Kerukunan Beragama) Presiden Prabowo Subianto.

Menurut beliau yang turut dikenali sebagai Gus Miftah, keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

“Keputusan ini (letak jawatan) dibuat semata-mata kerana rasa cinta, hormat dan tanggungjawab saya yang sangat mendalam kepada bapak presiden (Prabowo).

“Tindakan ini bukan langkah terakhir saya untuk berkhidmat kepada negara melainkan cara yang lebih luas,” katanya dalam satu siaran langsung yang disiarkan CNN Indonesia, hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Prabowo di atas kesempatan yang diberikan kepadanya selama ini.

“Minta maaf bapak, saya belum jadi seperti yang diharapkan,” katanya lagi.

Sebelum ini, video kejadian yang memaparkan tindakan Gus Miftah mempersenda dan menghina penjual teh itu menjadi tular di media sosial, dan menerima kecaman hebat daripada netizen bukan sahaja di Indonesia tetapi juga Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button