Berita Semasa

Kerajaan kekal larangan rentas sempadan di pangkalan haram Sungai Golok

TUMPAT – Kerajaan mengekalkan larangan merentasi sempadan melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok sejak Ahad lalu.

Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bantahan berhubung tindakan terbabit.

“Ya, kita akan teruskan dan tidak menerima sebarang bantahan berhubung perkara itu,” katanya memetik laporan BH Online.

Terdahulu, Saifuddin mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis akan menahan individu yang menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok untuk merentasi sempadan Malaysia-Thailand mulai 1 Disember.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen, yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 bagi yang disabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button